Terma & Syarat Pendaftaran Ahli
Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pendaftaran sebelum menjadi ahli Dropship Sawanah Sdn Bhd.
1. Setiap pendaftaran ahli baru mestilah didaftarkan secara online di laman web rasmi syarikat dengan cara melengkapkan borang yang telah disediakan.
2. Pendaftar ahli mestilah berumur 18 tahun ke atas.
3. Ahli boleh mendaftar hanya sekali dan tidak dibenarkan membuat pendaftaran berulang.
4. Sebarang pendaftaran dengan cara pemalsuan Nombor Kad Pengenalan atau Nmbor SSM adalah satu kesalahan yang berat, justeru setiap Ahli harus bertanggungjawab di atas kesalahan pemalsuan tersebut. Keahlian akan dibatalkan TANPA sebarang notis.
5. SAWANAH SDN BHD berhak untuk meluluskan atau membatalkan sebarang keahlian tanpa perlu memberi notis. Ahli yang melakukan kesalahan seperti melakukan permainan harga, menyebar fitnah & memberikan tanggapan buruk terhadap syarikat, melakukan kesalahan dengan memancing downline dari ahli yang lain juga dikira sebagai satu kesalahan yang berat dan pihak syarikat berhak untuk melucutkan keahlian serta membekukan pembayaran bonus kepada ahli yang melakukan kesalahan tersebut (jika terbukti dengan jelas).
6. Setiap ahli yang berdaftar bersama SAWANAH SDN BHD bebas menjalankan perniagaan ini sama ada secara dalam talian atau secara luar talian.
7. Ahli harus akur dan mengikuti setiap peraturan dan kod-kod etika yang telah ditetapkan oleh SAWANAH SDN BHD.
8. Sebagai ahli berdaftar anda tidak dibenarkan untuk menggelarkan diri anda sebagai pekerja SAWANAH SDN BHD atau mengakui bahawa anda mempunyai kuasa untuk sebarang aktiviti dibawah SAWANAH SDN BHD
9. Ahli dilarang untuk menokok tambah atau membuat sebarang pengakuan yang tidak dibenarkan ke atas produk keluaran SAWANAH SDN BHD.
10. Sebarang bentuk bahan bercetak dan bukan bercetak yang dilakukan secara dalam talian atau dalam bentuk flyer untuk edaran hendaklah dikemukakan kepada pihak SAWANAH SDN BHD bagi mengesahkan isi kandungannya. Jika kandungannya tidak menepati etika pengiklanan dan bahan tersebut didapati melanggar peraturan maka pihak syarikat tidak bertanggungjawab keatas kesalahan tersebut.